
MARANG: Mantan Ketua Dewan Ulama yang juga Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Ustaz Jaliluddin Abdul Wahid dipilih sebagai Tokoh As-Sabiqun Pusat sempena Hari As-Sabiqun 2.0.
Ustaz Jaliluddin, 79, merupakan tokoh ulama yang tidak asing di Negeri Melaka.
Beliau menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka yang paling lama memegang jawatan itu di Melaka setakat ini.
Sosok tubuh itu pernah menerima anugerah Tokoh Ulama Mithali 2017 dan kini tidak begitu aktif lagi menyampaikan kuliah atas faktor keuzuran.
Sebagai seorang yang telah berbakti dan memberi perkhidmatan yang baik kepada Negeri Melaka, tokoh ini telah dikurniakan Bintang Cemerlang Melaka (BCM) sempena sambutan Hari Jadi yang ke 71, Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Melaka, pada tahun 2020.
Sementara itu Usahawan aluminium dan kaca yang mempunyai bangunan sendiri, Hajah Atiah Ahmad telah diberi anugerah Tokoh As-Sabiqat PAS Pusat.
Tokoh ini merupakan anak kelahiran Johor Darul Takzim dilahirkan pada 30 September 195

Manakala Dato’ Mustapa Ali yang merupakan mantan Setiausaha Agung PAS, menerima anugerah Tokoh As-Sabiqun PAS Negeri Terengganu.
Penasihat PAS sejak tahun 2017 pernah diberikan kepercayaan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian pada tahun 1974-1976, dan menjawat sebagai Timbalan Menteri Sains, pada Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia ke-61.
Hajah Fatimah Ismail atau panggilan Mok Su turut diberi anugerah Tokoh As-Sabiqat Negeri Terengganu.
Beliau adalah antara tokoh pelopor muslimat yang terawal dalam perjuangan muslimat PAS negeri Terengganu.
Tokoh ini merupakan isteri Mantan Menteri Besar Terengganu (1959-1961), Almarhum Hj Mohd Daud bin Abdul Samad.
Anugerah Tokoh As-Sabiqun dan As-Sabiqat Pusat disampaikan oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang manakala anugerah Tokoh peringkat Negeri disampaikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin. – HARAKAHDAILY 4/3/2023











