Menteri akui perikanan laut dalam bergantung buruh asing

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan mengakui sektor perikanan laut dalam di negara ini masih lagi bergantung kepada buruh asing.

- Advertisement -

Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kebanyakan nelayan tempatan tidak berminat untuk menceburi perikanan laut dalam.

“Salah satu langkah untuk meningkatkan hasil perikanan menggunakan tenaga kerja tempatan dengan menyediakan latihan dan kemahiran dalam sektor perikanan.

“Tetapi pergantungan kepada tenaga luar masih tinggi sekarang. Kerana tenaga tempatan menjadi nelayan sehingga terpaksa berada di laut tiga empat hari masih lagi kurang diminati anak-anak tempatan.

“Anak tempatan kita lebih berminat pergi pagi dan balik tengah hari atau balik petang,” katanya ketika menjawab soalan Bakri Jamaluddin (PN-angga Batu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum itu Bakri meminta penjelasan kementerian terbabit berkaitan peratusan hasil perikanan dalam tempoh 10 tahun dan langkah-langkah bagi meningkatkan sumber bekalan perikanan laut negara.

Mohamad juga memberitahu sepanjang tempoh 10 tahun iaitu Januari 2011 hingga Disember 2020, Hasil Perikanan Utama Negara dari Sub-sektor Perikanan Tangkapan sebanyak 78.62 peratus daripada jumlah pengeluaran perikanan negara iaitu 14,603,591 metrik tan. Manakala nilai pengeluaran perikanan ialah berjumlah RM95 bilion. – HARAKAHDAILY 22/2/23

- Advertisement -