Senaraikan terma pemotongan bayaran peneroka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian dan pihak bertanggungjawab digesa mengeluarkan senarai mengenai terma-terma yang digunakan semasa pemotongan bayaran kepada peneroka Felda.

- Advertisement -

Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) berkata, beliau sebagai anak peneroka, sejak dahulu lagi tidak mengetahui terma-terma yang digunakan pihak bertanggungjawab apabila membuat pemotongan itu.

“Sehingga hari ini (ada) para peneroka yang tidak mengetahui apakah terma-terma pemotongan (yang dikenakan). Yang (mereka) tahu, (jumlah ini) dipotong sebanyak ini.

“Sebab itu saya mohon kepada kementerian dan pihak berwajib untuk mengeluarkan senarai penuh apakah perkara yang dipotong di dalam slip penerimaan duit bagi peneroka,” katanya semasa membahaskan Titah Diraja, di Dewan Rakyat, hari ini.

Tindakan itu kata Timbalan Pengerusi Tetap PAS, untuk memberikan peneroka kepuasan kerana mereka tahu mengapa duit mereka dipotong.

Sementara itu, beliau mencadangkan kerajaan Malaysia Madani mengikut langkah Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha menghapuskan hutang peneroka Felda.

Mewakili anak peneroka Felda, beliau turut merasai beban tanggungan hutang generasi pertama.

“Mudah-mudahan ia memberi sedikit kelegaan kepada anak peneroka, sekurang-kurangnya mereka tidak terbeban dengan hutang yang ditanggung,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/2/2023

- Advertisement -