Pemimpin DAP perlu lebih bertanggungjawab isu agama

Ustazah Nuridah Mohd Salleh
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Ustaz Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan dalam menangani isu promosi arak yang berlebihan di sebuah pasar raya, baru-baru ini memperlihatkan sensitiviti agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

- Advertisement -

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, sepatutnya pimpinan DAP memahami budaya dan tanggungjawab agama Islam yang dianuti majoriti rakyat negara ini.

“Sebagai rakyat dan pemimpin masyarakat yang peka dan bertanggungjawab sepatutnya pimpinan DAP memahami budaya dan tanggungjawab agama Islam yang merupakan agama majoriti dan rasmi negara kepada penganut-penganutnya,” katanya ketika dihubungi.

Baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang, Dato’ Teng Chang Kim melalui akaun Facebook miliknya mengaitkan isu arak dengan solat umat Islam.

Menerusi hantaran itu, Chang Kim memuat naik status, “Kalau kamu tak minum (arak), tapi tengok pun boleh mabuk, itu masalah kamu, bukan masalah arak. Sia-sia kamu sembahyang”.

Exco Kerajaan Selangor itu memuat naik status itu rentetan tindakan Muhammad Fawwaz bertemu dengan pihak pengurusan Sunway Carnival Mall bagi menyampaikan ketidakselesaan pengunjung Muslim isu promosi arak.

“Apa sahaja untuk akhlak dan moral umat Islam sengaja dipandang ringan oleh mereka (DAP).

“Jadilah mereka pemimpin yang berwibawa dan memahami adat resam dan tatacara Islam terhadap penganut-penganutnya, agar rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini dapat hidup dengan harmoni dan menghormati antara satu sama lain,” kata Ustazah Nuridah lagi. – HARAKAHDAILY 18/1/2023

- Advertisement -