PDRM Pulau Pinang turunkan kes jenayah indeks 43.4%

- Advertisement -

SAYA sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang atas kejayaan menurunkan kes jenayah indeks 43.4 peratus.

- Advertisement -

Kejayaan ini sudah tentu melegakan rakyat Negeri Pulau Pinang kerana mereka dapat melihat PDRM Pulau Pinang sentiasa bekerja dalam memastikan rakyat berada dalam keadaan selamat. 

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana pihak PDRM Pulau Pinang yang banyak membantu kawasan saya di Penaga terutama dalam mengatasi masalah dadah yang menjadi masalah utama di sini.

Diharap kerjasama antara ini akan berterusan dalam memastikan keselamatan penduduk di sini dan dapat mengurangkan bilangan penagih dadah di Penaga.

Semoga segala perancangan PDRM Pulau Pinang untuk tahun ini berjalan dengan lancar dan memberi impak yang baik kepada rakyat Pulau Pinang. Terima Kasih.

YB USTAZ YUSNI MAT PIAH
ADUN Penaga – HARAKAHDAILY 9/1/2023

- Advertisement -