Kerjasama pintar berkaitan projek kebajikan rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Syabab Care Malaysia, di Gombak, kelmarin.

- Advertisement -

Menurutnya, kunjungan istimewa itu memfokuskan perancangan kerjasama di antara Syabab Care Malaysia dan Pejabat Parlimen Jerantut dalam menerajui legasi dakwah dan kebajikan beberapa tahun akan datang.

Katanya, antara fokus utama perbincangan adalah kerjasama pintar berkaitan projek-projek kebajikan rakyat dalam kawasan Parlimen Jerantut.

Beliau berkata, antaranya ialah projek telaga air boring untuk sekitar kampung-kampung tradisional yang berdepan dengan masalah gangguan bekalan air, projek bakul rakyat dan bantuan pendidikan mahasiswa IPT anak-anak Jerantut.

“Semoga dengan pertemuan ini akan menatijahkan manfaat yang besar buat seluruh warga masyarakat dalam Parlimen Jerantut,” ujarnya menerusi catatan di Facebook beliau.

Katanya, kunjungan itu turut disertai pasukan pejabat Parlimen Jerantut. – HARAKAHDAILY 8/1/2023

- Advertisement -