Silibus PASTI hebat didik murid guna pendekatan agama

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pihak yang menuduh Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) kononnya menganjurkan keganasan dan rasis dipelawa melawat sekolah berkenaan.

- Advertisement -

Setiausaha PASTI al Aufa di Kedai Piah Ketereh, Masri Che Yusof berkata, silibus pendidikan di kedua-dua sekolah berkenaan tiada elemen rasis dan keganasan.

Katanya, sistem pendidikan PASTI dan SRITI selaras dengan silibus Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Saya lihat silibusnya begitu hebat kerana menerap pendidikan agama seperti nak makan kena baca doa, belajar baca doa dan hendak masuk tandas pun diajar doa.

“Silibusnya 100 peratus mengikut dasar yang ditetapkan KPM. Begitu juga proses pembejaran dalam Bahasa Melayu, di samping diajar tulisan Jawi,” katanya di sini.

Masri Che Yusof

Baru-baru ini, wartawan The Vibes ketika menanyakan soalan pada sidang media Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, cuba mengaitkan PASTI dan SRITI dengan isu eksremis.

Masri yang juga seorang pendidik berkata, pihak yang membuat kenyataan disaran datang melihat sendiri proses pengajaran di sekolah PASTI.

Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Machang, Masnora Husin, 52, berkata sistem pendidikan awal kanak-kanak di PASTI berbeza dengan Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat.

Katanya, semua 10 orang anaknya dihantar belajar di PASTI dan tidak pernah mempunyai kecenderungan kepada ekstremis.

Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sudah lama menaruh dendam terhadap institusi pendidikan awal kanak-kanak dan rendah kelolaan PAS.

“Mereka tuduh PASTI rasis dan membawa fahaman pengganas, penunggang agama dan pelbagai lagi. Tuduhan itu memang berniat jahat dan tidak benar sama sekali,” ujarnya.

Masnora Husin

Sementara itu, Presiden Dewan Usahawan Kelantan, Mohd Zaki Zakaria berkata, tuduhan palsu itu jelas berniat jahat kerana bimbang kebangkitan anak muda sekarang.

Katanya, tuduhan itu secara tidak langsung untuk menutup usaha kerajaan PH-BN mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC). – HARAKAHDAILY 21/12/2022

- Advertisement -