Kelantan umum cuti kelepasan Ahad ini

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan hari ini mengumumkan cuti kelepasan am di negeri itu pada 20 November ini.

- Advertisement -

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang bersidang hari ini.

Menurutnya, pada 14 November lalu Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri mengumumkan pada 18 dan 19 November ini sebagai hari kelepasan am di seluruh Malaysia.

“Memandangkan tarikh tersebut jatuh pada hari minggu di Kelantan iaitu Jumaat dan Sabtu, maka hari berikutnya iaitu 20 November (Ahad) dijadikan hari kelepasan am bagi Kelantan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Negeri Bilangan 7 Tahun 1996.

“Perisytiharan hari kelepasan am ini bagi memberi kemudahan dan peluang kepada rakyat khususnya yang bertugas di Kelantan untuk pulang mengundi pada Sabtu ini,” katanya pada kenyataan di sini. – HARAKAHDAILY 16/11/2022

- Advertisement -