Umpama Taliban: Pemimpin DAP keterlaluan

Wan Ahmad Fayshal bertemu pengundi dalam kawasan Parlimen Machang.
- Advertisement -

MACHANG: Kenyataan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming kononnya Malaysia akan menjadi seperti ‘negara Taliban’ apabila rakyat memberi undi kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) dianggap sebagai keterlaluan.

- Advertisement -

Ketua Armada Nasional Malaysia Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkata, hakikatnya PAS ada sayap Dewan Himpunan Pendukung PAS yang dianggotai ahli bukan Islam.

Malah katanya PAS sudah 32 tahun mentadbir Kelantan, tidak pernah kedengaran apa-apa berita diskriminasi terhadap masyarakat bukan Islam di negeri Kelantan.

“Bahkan baru-baru ini juga saya ada melawat majlis perkahwinan komuniti Cina di Machang,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya.

Kenyataan pemimpin DAP itu mengulang naratif sama setiap kali berlangsung pilihan raya.

Wan Ahmad Fayshal yang juga calon PERIKATAN NASIONAL Machang berkata, semua rakyat Kelantan pelbagai kaum dan agama tidak ada sebarang masalah dalam hubungan kaum.

“Hidup aman-damai dan harmoni. Nga dan DAP harus henti bermain kad fitnah dan perkauman hanya semata-mata untuk menarik undi bukan Melayu,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 14/11/2022

- Advertisement -