
JERANTUT: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ir Ts. Khairil Nizam Khirudin berdepan pertembungan tiga penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Jerantut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Khairunisa Aris mengumumkan penyerahan borang calon tamat pada jam 10 pagi manakala pengesahan pengumuman calon pada pukul 12.50 tengah hari, di Dewan Majlis Daerah Jerantut, di sini.
Khairil Nizam yang mewakili PERIKATAN NASIONAL (PN) daripada PAS dicabar Mohd Zulhilmi Abu Bakar (BN) dan Hasan Basri Awang Mat Dahan (PH)
Sementara itu, DUN Tahan tiga orang calon, Mohd Abd Talib Mohd Taha (PH), Mohd Zakuan Ahmad Badarddin (PN) dan Faizah Isyak (BN).
Bagi DUN Damak, empat orang calon iaitu Izzudin Ismial (Bebas), Zuridan Md Daud (PN), Mohd Faisal Jamlus (BN) dan Mohd Ramli Satar (PH).
DUN Pulau Tawar menyaksikan lima orang calon iaitu Norani Mohd (PH), Yohanis Ahmad (PN) Nazri Ngah (BN) Ridzuan Mansor (Bebas) dan Mohd Rozidi Hasan (Pejuang).
Pada PRU14 lalu, DUN Tahan dimenangi PAS melalui Ustaz Zakhwan dengan jumlah undi 5,638 menewaskan Dato’ Seri Wan Amizan (5,569) dan Nordin Samat (Parti Keadilan Rakyat – 945).
Bagi DUN Damak, Ustaz Zuridan M Daud menang dengan memperoleh 8,444 undi menewaskan calon PKR, Wong Chun Yuan (6,988) dan calon BN, Dato Aly (4,395). – HARAKAHDAILY 5/11/2022











