Mangsa kebakaran dapat perhatian segera PAS Sandakan

- Advertisement -

Oleh AIZAL SAMSARUDDIN
SANDAKAN:
Lima keluarga yang terbabit dalam kebakaran di Kampung Pukat petang semalam mendapat perhatian segera PAS Sabah. Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang.

- Advertisement -

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Sahar Abdul Majid melawat segera tempat kebakaran tersebut yang membabitkan sebuah rumah kongsi.

Sahar yang juga Yang Dipertua PAS Sandakan berkata, mangsa kebakaran terbabit ditempatkan sementara di Balai Raya Kampung Air.

Katanya, PAS Sandakan berusaha membantu meringankan beban mangsa-mangsa terbabit bagi meringankan sedikit bebanan mereka.

“Kami menzahirkan rasa pilu dan takziah diucapkan di atas musibah yang berlaku. Diharap keluarga terbabit bersabar di atas musibah yang menimpa mereka,” katanya selepas melawat tempat kebakaran terbabit petang semalam. (Foto atas)

Sementara itu jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat ketika ditemui berkata, punca kebakaran itu masih lagi dalam siasatan. – HARAKAHDAILY 30/10/2022

- Advertisement -