Pendidikan di SRITI fokus elemen agama

- Advertisement -

Oleh AHMAD LI

BEAUFORT: Ibu bapa disaran mendaftarkan anak-anak mereka ke Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) bagi memastikan pendidikan awal kanak-kanak berteras agama bersambungan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Beaufort, Asrul Samat berkata, pendidikan di SRITI
mengutamakan elemen agama, akademik, fizikal dan sosial.

- Advertisement -

Katanya SRITI di bawah kelolaan Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS mula beroperasi di Beauford sejak tahun 2020.

“Kini kami membuka pendaftaran kemasukan tahun 1 sesi 2023,” katanya ketika merasmikan program Program Fun Run & Fun Ride PASTI Beaufort, di Kompleks Sukan Beaufort semalam.

Lebih 140 peserta menyertai acara larian dan berbasikal pada program terebut.

Asrul juga berkata, aktiviti sukan mampu menerapkan perkembangan psikomotor dan sosial murid-murid ketika mereka sedang membesar sekarang.

Menurutnya bersukan merupakan sunnah Rasulullah SAW untuk memelihara dan menjaga kesihatan tubuh badan.

“Program ini dianjurkan untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga PASTI Beaufort yang terdiri daripada murid, ibu bapa dan guru.

“Ia juga perlu menjadi satu rutin kepada ibu bapa agar dapat meluangkan masa bersukan bersama anak-anak,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 17/10/22

- Advertisement -