Slot khas PAS Pilihanku 4.0 pada Muktamar PAS ke-68

Pemenang cabutan bertuah motosikal pada Pelancaran Kempen PAS Pilihanku 4.0. Foto Facebook Perhubungan PAS Kedah
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Satu slot khas Kempen Keahlian PAS Pilihanku (PAS Pilihanku) 4.0 akan diadakan semasa Muktamar Tahunan PAS kali ke-68 pada 3 dan 4 September nanti.

Pengarahnya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, slot itu bertujuan meransang kempen tersebut supaya mendapat sambutan di peringkat kawasan.

Katanya, walaupun terdapat pelbagai spekulasi mengenai pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat, PAS komited dengan gerak kerja PAS Pilihanku 4.0 yang dilancarkan pada 25 Jun lalu di Sik, Kedah.

- Advertisement -

“Kempen yang dirasmikan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin mensasarkan minima 50,000 keahlian baharu sehingga penghujung tahun ini.

“Sehingga kini, pelancaran di peringkat negeri yang selesai dilaksanakan ialah Negeri Sembilan pada 17 Julai, Kedah (23 Julai) dan Pahang (31 Julai),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, pelancaran PAS Pilihanku 4.0 di Negeri Sembilan berlangsung di Kompleks PAS Negeri Sembilan, Seremban dan dirasmikan Khairul Faizi sendiri.

Manakala katanya, pelancaran di Kedah dilancarkan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi bin Awang di Kompleks PAS Kedah.

“PAS Pahang melancarkan kempen ini bersekali dengan Himpunan H20K PAS Pahang di Pantai Sepat, Kuantan yang dilancarkan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

“PAS Sabah dan Sarawak memilih tarikh pada 6 Ogos serta PAS Sabah menganjurkan kempen dalam bentuk konvensyen yang yang gilang-gemilang serta menghimpunkan perwakilan dari seluruh Sabah.

“Kempen diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dan dilancarkan oleh Presiden PAS. Turut hadir menyampaikan ucapan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Manakala di Sarawak, kempen dilancarkan Dato’ Seri Tuan Ibrahim di The Paramount Hotel, Sibu bersekali dengan dengan perasmian Penutup Muktamar Dewan-Dewan Negeri Sarawak yang turut dihadiri oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairulfahmi Matsom,” katanya.

Sementara itu kata Khairul Faizi, PAS Pilihanku 4.0 di Melaka juga dirasmikan Tuan Ibrahim bersama Himpunan 5,000 (H5K) di Pejabat PAS Melaka, Semabok.

Manakala, minggu ini, lima buah negeri akan mengambil giliran untuk melancarkan kempen berkenaan bermula dengan PAS Wilayah Persekutuan pada 20 Ogos.

Katanya, majlis akan dirasmikan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP), Senator Dato’ Ahmad Yahya di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM).

“Sebelah petang akan berlangsung di Markaz PAS Pongsu Seribu, Kepala Batas, pelancaran peringkat negeri Pulau Pinang yang akan dirasmikan Mursyidul Am PAS.

“Sebelah malam, PAS Johor akan melancarkan kempen ini di Pusat Komuniti PAS Muar di Parit Tarom dan akan dirasmikan Naib Presiden PAS,” katanya.

Selain itu, pada Ahad, PAS Selangor dan PAS Perlis pula untuk melancarkan kempen berkenaan dan PAS Selangor akan melaksanakan kempen itu dengan kibaran Jalur Gemilang di Markaz PAS Sungai Besar, Selangor.

Katanya, PAS Perak pula memberi komitmen untuk melancarkan PAS Pilihanku 4.0 pada 23 September, manakala Kelantan dan Terengganu dijangka akan melaksanakannya dalam masa yang terdekat. – HARAKAHDAILY 19/8/2022

- Advertisement -