
KETIGA-tiga perkara di atas saling berkait dan disatukan di bawah program yang sama pada hari ini di Daerah Manjung.
Kesedaran masyarakat terhadap kesihatan mental masih lagi belum memuaskan, meskipun saban hari, ada sahaja berita berkenaan ahli keluarga membunuh ahli keluarga yang lain, tekanan perasaan yang sering berlegar-legar di media.
Lihat anak-anak ‘buas’ dan lasak, setengah orang berpendapat anak tersebut ADHD, tapi bagi setengah orang pula, ubatnya adalah ‘backhand’ dari orang tua.
Sememangnya mujarab untuk diamkan anak yang lasak tadi tu, tapi pada masa sama, trauma, ketakutan, resah dan gelisah mula hadir dalam diri anak-anak.
Bagi keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak, kadang-kadang jiran mengetahui perkara tersebut, tapi tidak melaporkan kepada pihak berkuasa kerana tidak mahu ikut campur urusan orang lain.
Tapi yang mereka tidak tahu, mungkin laporan daripada mereka dapat menyelamatkan mangsa yang hidup dalam ketakutan.
Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini, telah dimaklumkan bahawa Kes penderaan kanak-kanak di Perak ketika negara sedang berdepan pandemik COVID-19 antara 2020 sehingga 2021 mencecah 689 kes.
Faktor utama berpunca daripada perbalahan keluarga terutama yang sedang mengalami krisis rumah tangga.
Untuk keganasan rumahtangga pula, sebanyak 684 kes dicatatkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mengikut statistik daripada polis, 551 kes keganasan rumah tangga dicatatkan sejak Mac 2020 hingga Oktober lalu manakala 133 kes lagi dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak dalam tempoh yang sama.
Tiga daerah yang mencatatkan kes keganasan rumah tangga tertinggi di perak ialah Kinta dengan 39 kes, Larut Matang dan Selama (22 kes) dan Manjung (21 kes) sebagaimana yang telah dilaporkan kepada JKM bagi 2020 hingga November tahun ini.
Masalah kewangan, masalah peribadi, mabuk, penagihan dadah dan penceraian antara faktor yang menyebabkan kes keganasan rumah tangga berlaku di Perak.
Tahniah Daerah Manjung atas kejayaan program hari ini.
Turut hadir Pegawai Kesihatan Daerah Manjung, Dr Asraf Ahmad Qamruddin, Pengarah Hospital Seri Manjung, Dr Nordin Nasir, YDP Majlis Perbandaran Manjung, Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi dan Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Seri Manjung, Tuan Iskandar Zulkarnain Mohamad Ali.
YB MOHD AKMAL KAMARUDIN
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau Negeri Perak – HARAKAHDAILY 12/8/2022












