Pemerkasaan OKU dalam komuniti terus diberi tumpuan

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH, saya sempat bertemu Timbalan Yang Dipertua Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan, (MPPOK), Saudara Kufri Omar bagi membincangkan perihal komuniti OKU dan perkembangan program yang dilaksanakan bersama OKU di Negeri Kelantan. 

Saya dimaklumkan MPPOK telah memulakan usaha bagi membolehkan para penggerak OKU di negeri ini terlibat secara langsung dalam proses pilihan raya di mana mereka berperanan dalam memastikan komuniti OKU tidak ketinggalan dalam menyempurnakan tanggungjawab sebagai pengundi. 

Menurut Saudara Kufri Omar, satu program di antara MPPOK dan agensi di bawah Kerajaan Negeri telah dimulakan pada 27 Julai 2022 lalu yang menghimpunkan para penggerak utama OKU di Kelantan.

Penglibatan OKU dalam proses pilihan raya sangat signifikan bagi memastikan hak-hak OKU terus diberi tumpuan dalam memastikan perundangan berkaitan hal ehwal OKU dihormati dan dilaksana. 

Ini jelas dinyatakan dalam Incheon Strategy (Make The Right Real For The Disable).

Besar harapan saya agar para penggerak OKU terus melangkah ke hadapan dalam membantu mereka yang memerlukan dan turut sama merancakkan Aspirasi Keluarga Malaysia, insya-Allah.

DATO’ SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – HARAKAHDAILY 25/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -