PDRM siasat klip video dari kelab komedi

Dijalankan bawah Akta Hasutan kerana sentuh sensitiviti dan perkauman

- Advertisement -

PADA 14 Julai 2022 (Khamis), Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun di sekitar Lembah Klang bagi membantu siasatan mengenai penularan dua (2) klip video di sebuah kelab komedi, yang menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada 15 Julai 2022 (Jumaat) bagi melengkapkan proses siasatan. 

Kertas siasatan polis akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya setelah siasatan dari segala sudut selesai dijalankan.

Siasatan masih dijalankan dan Polis Diraja Malaysia menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan kenyataan yang boleh mengganggu siasatan.

(DATO’ NOORSIAH MOHD SAADUDDIN) DCP
Setiausaha Polis Malaysia
Polis Diraja Malaysia – HARAKAHDAILY 15/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -