
Oleh AIN MANAF
KOTA BHARU: Pengusaha premis taman asuhan kanak-kanak (TASKA) serta pusat jagaan kanak-kanak di Kelantan disaran mengambil tindakan segera menutup premis berkenaan sekiranya terdapat walau hanya satu kes jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Namun, ia bergantung kepada penilaian pihak Jabatan Kesihatan Negeri sama ada perlu segera ditutup atau sebaliknya memandangkan trend kes berkenaan kini berada pada tahap tidak membimbangkan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, tindakan itu merupakan sebagai satu langkah membendung penularan wabak itu daripada berlaku lebih teruk terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Ini kerana katanya, daripada satu kes ia boleh merebak kepada orang ramai sekiranya tidak segera diambil tindakan awal.
“Peningkatan kes HFMD masih tinggi, namun kita tengok trend dia masih plato iaitu mengalami naik turun, tetapi walaupun plato namun angka komulatif telah mencapai 5,200 orang.
“Cuma sehari dua ni naik tinggi, namun dah jadi plato. Kita juga berharap masyarakat kekal jaga kebersihan, dan mendapat rawatan di hospital dan kita mesti kuarantin sendiri.
“Sekiranya didapati anak-anak kurang sihat jangan bawa ke pusat asuhan dan lain-lain tempat. Sekarang ini kita ada 20 kes taska yang telah ditutup, tapi bagi saya kalau ada kes mesti ditutup sebab dari satu kes ianya akan merebak kepada orang ramai yang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai merasmikan majlis perasmian pecah tanah bangunan hospital baru Kota Bharu Medical Centre (KBMC), di sini hari ini.
Turut hadir Tan Sri Dato’ Sri Panglima (Dr) Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin (B) dan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dato’ Dr Zaini Hussin.
Mengulas mengenai berkembangan penyakit cacar monyet atau lebih dikenali sebagai ‘monkeypox’ katanya, bagi mengawal wabak berkenaan pihaknya sudah menempatkan petugas-petugas kesihatan di pintu sempadan sebagai langkah mengawal penukaran wabak itu.
Malah katanya, setakat pemantauan yang dilakukan tidak kes yang direkodkan.
“Cacar monyet adalah penyakit haiwan kepada manusia dan manusia ke manusia, dan penyebarannya adalah melalui daripada kontak yang dijangkiti atau melalui udara,” katanya.
Justerus, sebagai langkah pencegahan ia adalah sama sebagaimana penyakati atau virus lain untuk mencegah atau mengawalnya dengan melakukan kuarantin serta menjaga kebersihan dengan baik supaya tidak terjadai penyebar kepada orang lain.
“Kesemua penyakit berjangkit ini ada kaitan yang rapat dengan kebersihan diri dan kebersihan persekitaran,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/6/2022











