Peminat bola sepak ada tiga macam

- Advertisement -

ADA YANG minat tengok permainan tanpa ada attachment kuat pada mana-mana kelab. Kalau mereka minat kelab pun, akan datang boleh tukar kelab lain pula. Bergantung kepada manager, player, strategy dan gameplay.

Contoh yang minat Cristiano Ronaldo. Dulu dia minat Madrid. Lepas itu minat Juventus. Lepas itu minat Manchester United pula. Yang minat gegenpressing, dia orang boleh minat Liverpool dan Manchester City serentak. Kalau bertemu dua itu, boleh konflik identiti kejap.

Orang suka label mereka sebagai lalang. Tak kisahlah. Tak berdosa pun lalang. Bagi saya, mereka adalah pemerhati bola sepak yang neutral. Ataupun mereka sendiri tak berapa minat pun bola. Lagi 5 minit nak habis game baru declare support kelab mana.

Ada yang minat kerana prestij. Sebab kelab itu ramai peminat, sebab kelab itu ramai selebriti, sebab kelab itu banyak piala dan seumpamanya. Minat kerana trend.

Orang macam ini tak berapa peduli gameplay. Asalkan menang, itu yang penting. Berapa piala itu yang diutamakan. Dapat troll orang itu kepuasan. Biasanya merekalah golongan paling riuh dalam group bola berbagai kelab.

Tapi bila kalah, cepat sentap. Kutuk kelab sendiri, kutuk manager, kutuk player tanpa baca review pakar seolah-olah dia lebih bagus walaupun sepak bola pun tak kena.

Ada yang minat gameplay, tapi dalam waktu yang sama minat kelab tertentu. 

Golongan ini paling rasional. Mereka happy kalau kelab menang, tapi mereka tak down sangat kalau kelab kalah. Mereka boleh faham kalau performance drop, mereka juga boleh terima kalau tak ada luck.

Mereka lebih suka lihat statistik berbanding piala. Mereka lebih suka bandingkan performance berbanding mata. Mereka lebih suka habiskan masa di group bola kelab berbanding group troll.

Ada lagi beberapa macam peminat. Tapi rasanya inilah golongan teramai. Kalian macam yang mana? Ala santai la sikit. Takkan nak tulis benda serius sokmo.

ALANG IBN SHUKRIMUN – HARAKAHDAILY 30/5/2022

- Advertisement -
- Advertisement -