Wartawan mampu bentuk pemikiran masyarakat

Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor
- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Wartawan bukan sekadar pelapor bagi mendedahkan sesuatu berita biasa, sebaliknya berpotensi membentuk pemikiran masyarakat.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, wartawan berperanan menyampaikan maklumat dan isu semasa kepada orang ramai.

“Dalam kepesatan era teknologi maklumat hari ini, wartawan dan pengamal media memainkan peranan penting menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

- Advertisement -

“Mereka (wartawan) bukan sekadar pelapor biasa sebaliknya hasil karya serta penulisannya mampu membentuk corak pemikiran rakyat,” kata beliau melalui pautan di media sosialnya sempena Hari Wartawan Nasional, hari ini.

Justeru itu, beliau berharap para wartawan dapat melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin terutama menyampaikan dasar kerajaan dengan penuh integriti.

Sanusi turut merakamkan penghargaan kepada pengamal media yang menjadi penghubung maklumat sejak Perikatan Nasional (PN) menerajui Kedah dua tahun lalu.

Katanya, kejayaan Kedah sepanjang tempoh dua tahun kebelakangan ini menjadi paparan media milik kerajaan dan swasta di negara ini. – HARAKAHDAILY 29/5/2022

- Advertisement -