Terengganu salur RM65.9 juta bantuan khas Aidilfitri

- Advertisement -

Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD

KUALA TERENGGANU:
Kerajaan Terengganu menyalurkan peruntukan sebanyak RM65.9 juta bagi Bantuan Khas i-Fitri dan Bantuan Khas Aidilfitri kepada 164,774 penerima.

Menteri Besar Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bantuan itu akan disalur kepada rakyat dan penjawat awam di negeri itu.

- Advertisement -

Katanya, Bantuan Khas i-Fitri kepada rakyat Terengganu berjumlah RM58.99 juta melibatkan sejumlah seramai 150,947 penerima daripada kategori A dan B.

“Manakala, seramai 13,827 penjawat awam negeri Terengganu Gred 56 dan ke bawah, bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2022 berjumlah RM500 seorang bermula 25 April ini,” katanya pada kenyataan media hari ini.

Kata beliau selepas dua tahun negara dilanda pandemik Covid-19, perayaan Aidilfitri tahun ini dijangka lebih meriah dalam fasa endemik.

“Selepas dua tahun kita berada dalam fasa pandemik dan sambutan hari raya terpaksa dibuat secara terbatas.

“Namun tahun ini kita bakal menyambut Aidilfitri dengan lebih meriah dalam fasa endemik,” katanya.

Oleh itu Dr Samsuri berharap bantuan tersebut dapat memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. – HARAKAHDAILY 15/4/2022

- Advertisement -