1,800 al-Quran diagih hotel seluruh Kelantan

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Sebanyak 1,800 naskhah al-Quran disumbang oleh Arab Saudi dan Kerajaan Kelantan untuk diagihkan kepada hotel di seluruh negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata, agihan itu diberi bagi memberi peluang pelancong yang menginap membacanya.

- Advertisement -

Selain itu, ia juga selaras dengan gerakan bagi merakyatkan dasar Kelantan Membangun Bersama Islam bagi membolehkan ia dihayati setiap anggota masyarakat.

“Dan istimewanya al-Quran yang disumbangkan ini mempunyai terjemahan dalam Bahasa Cina, Inggeris dan Melayu.

“Bagaimanapun Kelantan menyaksikan perkembangan yang baik dan berharap naskhah al-Quran dijaga dengan baik oleh pengguna dan pelancong yang menginap di hotel di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan naskhah al-Quran kepada premis pelancongan di Kelantan hari ini.

Katanya juga setiap premis penginapan tersebut akan dibekalkan 30 hingga 40 naskhah al Quran, di mana ia bergantung kepada jumlah bilik di setiap hotel. – HARAKAHDAILY 11/4/2022

- Advertisement -