PAS perlu juarai libat urus pelbagai pihak

- Advertisement -

MUAR: PAS wajar mengadakan libat urus dengan banyak pihak termasuk NGO dan media bagi membolehkan mesej perjuangan Islam dapat disebar luas dalam masyarakat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata, jalinan kerjasama dengan banyak pihak wajar diteroka bagi membolehkan orang ramai memahami mesej yang dibawa dalam perjuangan PAS.

Katanya beliau sedang berusaha untuk menjalinan kerjasama lebih rapat dengan media bagi mengengahkan mesej yang dibawa PAS secara lebih luas dalam masyarakat.

- Advertisement -

“Ini kerana ada rakan-rakan media yang tidak mendapat maklumat yang jelas termasuk penglibatan ramai golongan profesional dalam PAS sejak dahulu lagi,” katanya pada perasmian bengkel strategik Lajnah Penerangan dan Media Baharu PAS Kelantan di sebuah hotel di sini malam tadi.

Hadir sama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Ahmad Marzuk Shaary dan Pengarah Urusetia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri Ahmad Fathan Mahmood.

Bengkel tersebut diadakan selama dua dua hari dengan berkampung di Muar.

Khairil juga berkata, politik Islam tidak pernah berubah kecuali strategi bagi menghadapi situasi semasa kerana setiap gerak kerja berdepan sentimen orang ramai terhadap golongan elit.

Ahmad Marzuk yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pula berkata, Jabatan Perdana Hal Ehwal Agama memiliki beberapa medium bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat termasuk TV Hijrah dan Radio IKIMFm.

Menurutnya agensi tersebut boleh dimanfaatkan bagi menyampaikan mesej dakwah atau menjelaskan sesuatu isu kepada orang ramai.

Ahmad Fathan pula berharap bengkel strategi tersebut boleh dimanfaatkan bagi memantapkan jentera penerangan di setiap peringkat termasuk kawasan. – HARAKAHDAILY 6/3/2022

- Advertisement -