Zarul Salleh yang ku kenali

Calon Perikatan Nasional N.13 Simpang Jeram PRN Johor

- Advertisement -

CERITANYA saya dan sekumpulan anak muda daripada pemuda Gombak hadir ke Bilik Operasi Perikatan Nasional di Parlimen Bakri DUN Simpang Jeram melihat lihat suasana pilihan raya sudah bermula dengan penuh kemeriahan.

- Advertisement -

Kami pun tak pernah kenal Ustaz Zarul ini. Yalah kami orang luar, hadir sekadar untuk membantu semata.

Ustaz Zarul ini orangnya senyap sahaja. Bukan jenis huha huha. Alah jenis sembang lebat berdegar-degar. No, No. Dia bukan jenis macam itu. Ini jujur tau dan first impression kamilah.

Haish, susahlah macam mana nak potray nama Ustaz Zarul Salleh ni sebagai calon terbaik DUN N.13 Simpang Jeram ini. Mula-mula agak risau juga. Boleh ke tak ni?

Namun Allah S.W.T ini Maha Adil lagi Bijaksana. Allah uji kami untuk melihat sisi lain sosok bernama Zarul Salleh ini.

Lelaki berumur 43 tahun ini bukan sosok biasa-biasa teman-teman. Orangnya sangat ‘humble’ dan sangat meraikan walaupun kami ini terkadang agak ‘agresif’ bila berikan pendapat kami.

Ustaz Zarul ini ada tauliah mengajar di Negeri Johor ini. Alumni Usuluddin Al Azhar ini sejak awal kembali dari Mesir, menabur bakti di bumi Johor khususnya di Parlimen Bakri.

Ana lihat anak muda kena diperbetulkan aqidah perjuangannya. Usah terikut-ikut dengan gaya politik yang bersikap keterlaluan berpolitik.”

Tahukah anda sepanjang tempoh 36 jam berkempen, bahkan sejak sebelum itu lagi, tiada satupun kempen memburukkan calon lain terpacul daripada mulut sosok Ustaz Zarul Salleh.

“Semua ini kawan-kawan kita. Salahudin Ayub ni memang rapat sangatlah dulu. Sampai sekarang pun. Tapi dia orang Tanjung Piai. Kira orang luar jugalah nak dikira.

“Calon BN, Datuk Lokman orang sini. Sama dengan analah, anak tempatan. Calon Pejuang ana tak berapa kenal tapi katanya orang Muar,” ujar beliau.

Begitulah cara ujaran Ustaz Zarul. Berat tugasan Ustaz Zarul kerana boleh dikatakan melawan nama besar seperti Datuk Seri Haji Salehuddin Ayub yang juga mantan ADU Simpang Jeram sebelum ni pasti bukan kerja mudah.

Sejak awal Ustaz Zarul mengajar subjek dinniah Pendidikan Islam di Maahad Tahfiz Quran Muhammadi. Isteri beliau juga mengajar Tahfiz di tempat yang sama.

“Masa PKP dulu, sekolah tutup, kita pun terkesan juga. Jadi ana buatlah bisnes jual paste asam pedas. Meniaga kuih-muih sikit,” panjang lebar Ustaz Zarul bercerita dengan kami.

“Ana dengan kawan lawan buat NGO Dakwah bergerak dan melakukan gerak kerja Islam di rumah orang tua-tua.

“Rupanya di rumah orang tua kami pergi, dah bertahun mereka tak solat tarawih berjemaah. Tiada tazkirah. Tiada imarah bulan Ramadan. Ana dan kawan-kawan bimbing dan berikan khidmat agar Ramadan pak cik mak cik ini lebih bermakna!” bersemangat Ustaz Zarul bercerita.

Kami yang ikut rapat Ustaz Zarul berkempen memang merasakan peluang untuk meraih kepercayaan anak muda yang marah dengan politiking keterlaluan dan sindrom pemimpin lidah bercabang amat besar sekali potensi.

Ustaz Zarul integriti dan akhlak terbukti bersih dan tinggi saham moralnya. Tidak terpalit dengan skandal besar dan masih muda. Pengalaman beliau bermula daripada bawah hierarki berpolitik hingga ke tahap sekarang. 

Paling penting sosok ini adalah anak jati Bakri dan Simpang Jeram ialah titik mula sosok ini meluaskan pengaruh ke seluruh Johor insya-Allah.

SUFFI KAMARI
Anak muda yang menjadi pemerhati bebas Ustaz Zarul Salleh di N.13 DUN Simpang Jeram PRN Johor – HARAKAHDAILY 1/3/2022

Sumber Asal: https://m.facebook.com/101088682525262/posts/104365462197584/

- Advertisement -