PDRM digesa siasat segera kenyataan Ramasamy

Foto daripada Facebook Gerakan Pembela Ummah - UMMAH
- Advertisement -

Oleh EVA NATASHA SADALI

KUALA LUMPUR:
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera berhubung kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy yang disifatkan berbaur provokasi, liar serta fitnah terhadap Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs).

UMMAH dalam satu kenyataan hari ini turut menyeru semua pihak membuat laporan polis bagi mempertahankan solidariti akidah anak-anak Loh Siew Hong.

- Advertisement -

“UMMAH menyeru lebih banyak laporan polis dibuat di seluruh negara bagi menunjukkan kebersamaan umat Islam yang mempertahankan maruah dan akidah anak bangsa.

“Budaya ektremis, pemecah belah perpaduan dan keharmonian negara wajib dicabut dari negara tercinta ini sebelum mereka terus berakar dan merosakkan anak bangsa,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, kenyataan itu memaklumkan, setakat petang ini, sebanyak tujuk laporan polis telah dilakukan badan bukan kerajaan (NGO) Islam berhubung tindakan serta kenyataan provokatif Dr. P. Ramasamy dan beberapa ahli politik berhubung isu anak-anak Loh Siew Hong.

UMMAH turut membuat laporan polis di IPD Dang Wangi petang tadi berhubung perkara itu. (Foto atas)

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan tiga beradik yang dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat diserahkan dengan segera kepada ibu mereka, Loh Siew Hong, selepas membenarkan permohonan habeas corpus difailkan ibu tunggal itu. – HARAKAHDAILY 22/2/2022

- Advertisement -