Kejayaan besar kerajaan PN lupus hutang peneroka

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
Langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin melupuskan 80 peratus hutang peneroka Felda dianggap kejayaan besar kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Secara purata seorang peneroka mempunyai hutang dalam bentuk pinjaman dengan agensi kerajaan itu lebih RM100,000.

- Advertisement -

Generasi kedua Felda Ciku 3 Gua Musang Azman Ahmad berkata, langkah kerajaan PN sebelum ini berjaya meringankan beban serta kos sara hidup yang terpaksa ditanggung peneroka di seluruh negara.

Azman Ahmad

Katanya, kebanyakan peneroka merasai manfaat tersebut sekarang dan pendapatan mereka tidak terjejas ketika musim tiada buah.

“Jadi kalau hapus 80 peratus dari hutang daripada RM100,000 maknanya bakinya kira-kira RM20,000 lagi hutang yang perlu dibayar peneroka.

“Mungkin dalam empat atau lima tahun lagi semua hutang peneroka akan selesai. Lagi pun buah sawit sekarang bernilai RM1,400 satu tan metrik. Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah,” katanya ketika dihubungi.

Pada Julai tahun lepas kerajaan PN bersetuju cadangan Felda untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion.

Muhyiddin ketika itu sebagai perdana menteri berkata ia akan dilaksanakan melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat terutama bagi generasi awal.

Katanya inisiatif itu membolehkan bebanan pinjaman yang ditanggung peneroka akan berkurangan sebanyak purata 80 peratus setiap peneroka.

“Purata bayaran balik pinjaman pula dijangka berkurangan daripada sekitar RM800 hingga RM1,000, kepada hanya RM250 hingga RM300 sebulan bagi peneroka sawit dan serendah RM150 bagi peneroka getah,” katanya pada sambutan Hari Peneroka Felda 2021.

Azman yang juga ahli Lembaga Kesedar berkata, musim buah sawit pada bulan Julai dan Ogos setiap lepas peneroka mampu meraih pendapatan sehingga RM14,000 sebulan. – HARAKAHDAILY 22/2/2022

- Advertisement -