Islam teras Keluarga Sejahtera

- Advertisement -

ISLAM bukan sekadar agama yang hanya fokus kepada amalan ibadat khusus semata-mata, tetapi ajaran Islam mencakupi seluruh kehidupan manusia dan makhluk yang lain.

- Advertisement -

Di dalam al-Quran, Allah telah memperingatkan manusia untuk mempelihara sesebuah keluarga yang terbina agar harmoni dan sejahtera. Firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. (Qs An Nisa: 1)

Keluarga yang sakinah dan sejahtera pastinya terbina oleh pasangan suami dan isteri yang bertakwa.,

Firman Allah dalam surah al-Nisaa’ ayat 34.

فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ

Maksudnya: “Hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).”

Daripada ayat Quran di atas, Islam memberi panduan kepada para suami langkah-langkah dan adab dalam mendidik isteri yang nusyuz. Sekiranya seorang isteri telah berlaku nusyuz terhadap suaminya, maka langkah tersebut mesti dilaksanakan mengikut urutan susunannya dan hendaklah dilakukan secara berhikmah bukannya menjadi modal untuk mendera isteri.

Jelas dalam Islam telah mengajarkan kita cara yang berhikmah untuk mendidik dan bukannya untuk menyakiti. Umat Islam yang faham tidak sepatutnya memutar belitkan pengisian yang telah dikongsikan YB Timbalan Menteri KPWKM dalam video yang dimuatnaik di halaman facbook beliau.

Sebagai umat Islam, nasihat kekeluargaan seharusnya dijadikan tauladan untuk membina sebuah keluarga yang sejahtera.

Semoga Allah melindungi dan menjauhkan kita daripada kebatilan dan memimpin kita kebenaran.

Rujukan – https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/3952-irsyad-al-fatwa-siri-ke-359-adakah-talak-penyelesaian-kepada-nusyuz

IslamMemimpinWanitaSejahtera

IslamMenyatukanUmmah

DR NAJIHATUSSALEHAH AHMAD
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Malaysia
17 Februari 2022 | 15 Rejab 1443 – HARAKAHDAILY 18/2/2022

- Advertisement -