Meneruskan model kerja hibrid

- Advertisement -

PERSEKUTUAN Majikan Majikan Malaysia (MEF) telah mencadangkan agar meneruskan model kerja hibrid dalam suasana sekarang wujudnya variasi baru virus COVID-19 iaitu Omicron sejak 25 Disember 2021 lepas yang telah mengakibatkan kematian pertama di negara jiran, Thailand.

Cadangan bagi menggunakan model tersebut perlu dalam usaha mengurangkan kadar jangkitan virus tersebut. WHO telah memberi peringatan bahawa tsunami COVID-19 yang terdiri variasi-variasi baru seperti Delta, Omicron dan sebagainya akan membahayakan masyarakat, menjejaskan ekonomi dan sistem kesihatan negara terutamanya selepas sambutan tahun baru dan perayaan-perayaan lain. 

- Advertisement -

Berdasarkan analisis responden kajian yang dibuat oleh MEF bertajuk ‘Bagaimana masyarakat menerima dalam keadaan bekerja dari rumah’, 61.7 peratus syarikat bersetuju untuk meneruskan model kerja hibrid kerana banyak memberi manfaat kepada majikan dan pekerja. 

Aplikasi model ini merupakan langkah berjaga-jaga jika berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan seperti PKP yang perlu dibuat sebelum ini sehingga menyebabkan banyak syarikat terpaksa memberhentikan pekerja dan menghentikan operasi syarikat mereka.

Hasil daripada tinjauan yang dibuat, 78.5 peratus bersetuju bahawa aplikasi model ini dapat menjimatkan kos utiliti dan kos operasi sesebuah syarikat.

Seterusnya, 68.5 peratus berpendapat ianya dapat meningkatkan kadar kebolehan majikan dalam mengadaptasi sesebuah syarikat dengan situasi moden dan teknologi terkini.

Bagi pekerja pula, sebanyak 89.4 peratus responden bersetuju bahawa ia menjimatkan kos pengangkutan ke tempat kerja dan menjadikan pekerja lebih produktif. Masalah pengangkutan merupakan salah satu faktor stress dan penurunan fokus pekerja, aplikasi model ini dilihat mampu mengatasinya.

Kekurangan aplikasi model ini adalah:

1. kurang gerak kerja berkumpulan.
2. kurang interaksi dan perbincangan dalam pekerjaan.

Oleh itu, penerapan model ini perlu dilaksanakan dengan cara yang betul bagi mengelak ketidakfahaman atau kesalahfahaman pekerja sehingga membuatkan para pekerja mengambil ringan penerapan penggunaan model ini dalam pekerjaan. 

QGENANALYSTS – HARAKAHDAILY 14/2/2022

Sumber:

1. Continue hybrid work model, The star
2. Omicron COVID-19 Risk, WHO

Sumber Asal: https://m.facebook.com/2284919521796917/posts/3109994189289442/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -