
FIRMAN Allah S.W.T:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ اِنَّا خَلَقْنٰكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ وَّاُنْثٰى وَجَعَلْنٰكُمْ شُعُوْبًا وَّقَبَاۤىِٕلَ لِتَعَارَفُوْا ۚ اِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللّٰهِ اَتْقٰىكُمْ ۗاِنَّ اللّٰهَ عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ.
“Wahai manusia sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan kamu dari seorang lelaki (Adam) dan seorang perempuan (Hawwa’), kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.”
(al-Hujurat: 13)
Islam menghormati kepelbagaian bangsa dan warna kulit kerana hakikatnya mereka daripada asal-usul yang satu.
Allah S.W.T jualah yang menciptakan manusia pelbagai bangsa, bahasa dan budaya. Namun pada hakikatnya semuanya adalah daripada asal-usul yang satu iaitu Nabi Adam A.S dan isterinya Hawwa’ A.S.
Tujuan penciptaan manusia antara lainnya ialah untuk saling berkenalan (taaruf), berkongsi dan mencontohi kebaikan yang ada pada pihak yang lain.
Sempena kedatangan Tahun Baru Cina (tahun harimau) pada tahun ini, PAS Johor menyeru semua pihak untuk kita saling menghormati hak semua tanpa mengira sempadan bangsa dan warna kulit.
Kukuhkan persahabatan, tingkatkan persefahaman, mantapkan kerjasama dan suburkan kasih sayang di antara kita. Semoga seluruh warga Bangsa Johor khasnya dan Malaysia amnya akan terus harmoni dan sejahtera.
恭喜發財
Gong Xi Fa Chai
Semoga Mendapat Kemakmuran dan Beroleh Kekayaan
万事如意
Wan Shi Ru Yi
Semoga Semuanya Dalam Keadaan Baik
新年快樂
Xin Nian Kuai Le
Selamat Tahun Baru
USTAZ ABDULLAH HUSIN
Pesuruhjaya
PAS Negeri Johor – HARAKAHDAILY 1/2/2022











