
KOTA BHARU: Seorang jurutera lepasan Universiti Teknologi Delft Muaz Kamel sedia berkongsi data bagi mengurus banjir secara lebih efektif pada masa hadapan.
Pada perkongsian di laman sosialnya berkata, maklumat kejadian banjir penting direkodkan dan dianalisis bagi merangka dan mengurus banjir.
Katanya, data kejadian banjir yang dialami orang ramai diperlukan.
“Bagaimana anda boleh membantu kami menganalisis insiden banjir. Mudah, hanya laporkan maklumat insiden dan lokasi banjir yang terlibat,” katanya pada perkongsian tersebut.

Caranya klik www.bencanabanjir.com,
Langkah kedua pilih ‘bahasa’, ketiga set lokasi insiden banjir, keempat klik ‘lapor insiden’, kelima masukkan maklumat yang sahih dan gambar berkaitan dan keempat klik lapor dan buat verifikasi melalui SMS.
“Mudah dan sangat bermanfaat. Terima kasih atas sokongan anda,” lontar Muaz.
Oleh itu beliau merakam ucapan terima kasih kepada semua pihak yang berkongsi data dan gambar, di samping turut berkongsi paparannya sebelum ini.
Menurutnya maklumat sebenar keadaan banjir daripada orang ramai penting walaupun kejadian banjir masih dan sudah berlaku.
“Jom kongsi data dan gambar supaya kami boleh membuat analisis yang lebih tepat dan jitu. Sama-sama kita menjadi wira negara. Klik www.bencanabanjir.com – HARAKAHDAILY 24/12/2021











