Penduduk tidak puas hati khidmat Adun lepas

Arif Paijo (dua dari kanan) melawat sebuah pusat daerah mengundi di Dun Beting Maro.
- Advertisement -

KUCHING: Hari ini lebih 1.2 juta pemilih berdaftar bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan menunaikan tanggungjawab bagi memilih 82 wakil rakyat yang akan membawa suara mereka ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak.

Mereka menunaikan tanggungjawab di 1,866 Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang membabitkan 3,555 saluran, untuk memberi mandat kepada kerajaan negeri yang bakal dibentuk.

dan ada yang ditutup jam 12 tengah hari termasuk Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Tadika Kemas Kampung Soh di Dun Muara Tuang.

- Advertisement -

Berbeza dengan Semenanjung pusat pengundian dibuka bermula pada 7.30 pagi

Begitu juga PDM Pusa dan Beladin dibuka mulai jam 7.30 pagi hingga 2 petang. Manakala PDM Undai bermula 7.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Proses pengundian PRN Sarawak hari ini membabitkan 1,213,769 pengundi biasa. Pengundi awal sudah melaksanakan tanggungjawab mereka beberapa hari lepas.

Calon PAS Dun Beting Maro Arif Paijo berkata, PAS Sarawak sentiasa mendengar pandangan penduduk dan memahami kekangan yang dihadapi kerajaan.

Bagaimanapun katanya pencapaian wakil rakyat sedia ada yang berkhidmat di Dun Beting Maro dua penggal lepas menyebabkan muncul suara tidak puas hati penduduk tempatan.

“Sebelum berleluasanya pandemik Covid-19 kebajikan penduduk terutamanya golongan nelayan, penjaja, pekebun agak longgar.

“Masalah yang dihadapi penduduk tetap berulang kerana penyelesaian yang dipilih hanya bersifat jangka pendek,” katanya di sini.

Oleh itu beliau mengajak penduduk di Beting Maro sama-sama menghembuskan Nafas Baru dalam politik Sarawak.

Sementara itu semalam majlis penyampaian bakul makanan Covid-19 diadakan di Pusa sempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff.

Program serupa juga diadakan di Beladin dan Kampung Semarang.

Arif Paijo berkata, bantuan itu diharap dapat meringankan beban penduduk di Dun Beting Maro bagi mengharungi kehidupan pasca Covid-19 sekarang. – HARAKAHDAILY 18/12/2021

- Advertisement -