‘Keluar mengundi, jangan rugikan undi anda’

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

MELAKA:
Para pengundi Bukit Katil diharap untuk keluar membuang undi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal berlangsung pada 20 November ini.

Calon Perikatan Nasional daripada PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan, Muhammad Al Afiz Yahya, berkata PRN adalah satu satunya cara untuk rakyat memilih pemimpin mereka.

Justeru itu, beliau berharap pengundi Bukit Katil membuat tindakan tepat dengan berani melakukan perubahan untuk menukar pemimpin baharu.

- Advertisement -

“Harapan saya untuk penduduk Bukit Katil ialah supaya rakyat bersama-sama keluar mengundi. Jangan rugikan undi anda, kerana inilah masa dan ruang untuk anda memilih kepimpinan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily, semasa berkempen di Taman Bukit Katil Permai, di Bukit Katil.

Sementara itu, beliau juga berharap supaya penduduk Bukit Katil dapat memberi ruang kepadanya untuk bersama membawa Dun berkenaan ke arah yang lebih baik.

Katanya, beliau sangat mengalu-alukan sebarang aduan atau perkara yang perlu diberi perhatian olehnya yang memerlukan sebarang tindakan diambil atau ditangani dengan segera.

“Saya berharap kita dapat bersama membawa Bukit Katil ke satu era yang baru, kepimpinan baru, suasana baru, dan kepimpinan bersih, bebas rasuah dan berintegri,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/11/2021

- Advertisement -