
RASULULLAH S.A.W menganjurkan kita untuk bersedekah ketika kita rasa kedekut atau takutkan kemiskinan.
Hal ini disebut dalam Hadis di mana seorang lelaki datang menemui Nabi S.A.W dan bertanya mengenai sedekah yang paling besar amalannya. Baginda S.A.W menjawab:
أَنْ تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيحٌ شَحِيحٌ تَخْشَى الفَقْرَ، وَتَأْمُلُ الغِنَى، وَلاَ تُمْهِلُ حَتَّى إِذَا بَلَغَتِ الحُلْقُومَ، قُلْتَ لِفُلاَنٍ كَذَا، وَلِفُلاَنٍ كَذَا وَقَدْ كَانَ لِفُلاَنٍ
“Engkau bersedekah ketika masih dalam keadaan sihat lagi kedekut (sayangkan harta). Engkau takut menjadi papa kedana dan mengharapkan kekayaan. Engkau juga tidak menunda-nunda sehingga apabila nyawa sudah sampai ke halkum, ketika itu barulah engkau wasiatkan: ‘Untuk si fulan sekian dan untuk si fulan sekian,’ sedangkan harta itu sudah pun menjadi milik seseorang (ahli waris).”
(Riwayat al-Bukhari (1419))
Rasulullah S.A.W mendidik kita untuk bersedekah biarpun pada ketika itu kita merasa kedekut atau takutkan kemiskinan. Ini kerana Allah S.W.T sendiri yang akan menggantikan apa yang kita sedekah. Firman Allah:
وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
“Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia-lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.”
[Saba’: 39]
Marilah sama-sama kita bersedekah walaupun kita merasa berat untuk memberi. Mungkin dengan sedekah kita, sedikit sebanyak dapat membantu saudara-mara kita yang terkesan dengan wabak yang melanda kita ini.
YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 9/11/2021
Sumber Asal: https://www.facebook.com/100050311487174/posts/441507714202941/











