PAS Tawau hargai perwakilan pilih Dr Aliakbar

- Advertisement -

TAWAU: PAS Kawasan Tawau menghargai para perwakilan memilih Dr Aliakbar Gulasan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bagi sesi 2021-2023.

Yang Dipertua PAS kawasan, Mohamad Husain berkata pemilihan Aliakbar sangat bertepatan kerana telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap parti khasnya di negeri Sabah.

“Saya bersama AJK PAS Kawasan Tawau menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada Aliakbar kerana dipilih sebagai AJK PAS Pusat.

- Advertisement -

“Kami berharap beliau dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik serta menjadi contoh kepada ahli PAS yang lain,” katanya.

Menurutnya, dengan pemilihan itu diharapkan dapat memberikan lonjakan kepada pencapaian PAS Sabah khasnya dan PAS seluruh Malaysia amnya.

Mohamad berkata PAS kawasan akan sentiasa memberikan komitmen bagi membantu usaha dan tindakan yang bakal dilakukan oleh Aliakbar bersama AJK PAS Pusat.

“Sudah tiba masanya semua AJK dan ahli PAS Tawau ‘walk the talk’ seperti seruan Datuk Seri Setiausaha Agung PAS dalam ucapannya pada muktamar baru-baru ini.

“Kita akan sedaya upaya melaksanakan semua aktiviti, program dan arahan pihak atasan supaya PAS Sabah terus mencapai kecemerlangan,” katanya.

Menurutnya, setiap tugasan yang diberikan perlu dilaksanakan dengan sebaiknya dan semua ahli jawatankuasa dan ahli PAS Tawau perlu menilai komitmen yang telah diberikan selama ini.

“Saya berharap perhatian kita terhadap parti akan lebih baik dan menonjol supaya setiap rencana kerja dapat dilaksanakan pada tahap yang memuaskan,” katanya.

Aliakbar yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) merangkap Setiausaha Perhubungan PAS Sabah telah dipilih sebagai AJK Pusat pada Muktamar Tahunan PAS ke-67 di Kuala Nerus, kelmarin. – HARAKAHDAILY 8/11/2021

- Advertisement -