Ucapan Presiden PAS disiar secara langsung di Astro

- Advertisement -

KUALA NERUS: Muktamar PAS kali ke-67 dalam suasana normal baharu tetap meriah dengan kehadiran perwakilan dari seluruh negara. Dewan Duyong Resort dipenuhi hampir 700 perwakilan.

Manakala sebahagian lagi perwakilan negeri-negeri mengikut muktamar di lokasi masing-masing bagi mengikuti muktamar dua hari yang dijangka berakhir tengah hari esok.

Biarpun begitu ucapan dasar Presiden Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menggagaskan Islam Menyatukan Ummah juga boleh diikuti orang ramai apabila ia disiarkan secara langsung melalui Astro 501.

- Advertisement -

Selain itu ia juga disiarkan melalui media social milik PAS yang merangkumi Facebook, Twitter, Telegram, Youtube dan Tik Tok.

Muktamar tersebut juga agak eksklusif apabila diadakan di lokasi yang pernah diadakan Moonsun Cup, di mana sukan itu dimulakan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menerajui pentadbiran negara.

Piala Monsun pernah menjadi sebutan ramai sehingga dihadiri peminat perahu layar yang datang datang dari seluruh dunia.

Ternyata piala itu berjaya mengangkat Terengganu di peta pelancongan dunia. Sedangkan sebelum ini sukan itu terkenal di Sweden selepas Piala Amerika.

Muktamar juga dimeriahkan dengan kehadiran veteran PAS Pusat dan negeri, Dato’ Mustafa Ali, Dato’ Wan Mutalib Embong dan Wahid Endut.

Kemeriahan juga dapat dilihat apabila sepanduk dan billboard gergasi dipasang di lokasi strategik sepanjang laluan ke Pulau Duyong.

Malah sepanjang laluan dari Pasir Puteh bermula di Setiu kelihatan bendera-bendera PAS dipasang di tepi jalan, yang menggambarkan semangat penyokong PAS di Terengganu, menyambut perwakilan yang datang dari Kelantan dan negeri-negeri lain. – HARAKAHDAILY 6/11/2021

- Advertisement -