PAS selaku pendamai berdepan cabaran menggagalkannya

- Advertisement -

KUALA NERUS: PAS perlu terus menggerakkan peranannya sebagai pendamai di sebalik pertembungan-pertembungan yang berlaku sesama rakan-rakan politik dalam usaha penyatuan ummah telah digagaskan.

Perwakilan PAS Negeri Johor, Ustaz Mohd Ruslami Mohd Salleh berkata, usaha menyatukan dua pasukan umat Islam yang bersengketa adalah kefarduan dalam kalangan orang beriman sebagaimana dikehendaki Allah.

“Maka PAS membawa perdamaian kepada semua yang menyuruh bukan hanya kepada indivudu, ataupun parti tertentu, ataupun bukan hanya kepada Semenanjung saja, bahkan meliputi keseluruhan di dalam negara kita.

“Kerana di situ adanya kepentingan kepentingan Islam dan juga kepentingan-kepentingan umat Islam,” ujarnya membahas Ucapan Dasar Presiden PAS bertemakan ‘Islam Menyatukan Ummah’ dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-67 di Duyong Marina Resort, di sini sebentar tadi.

Menurut beliau, cabaran yang terpaksa PAS lalui untuk mengusahakan perdamaian itu hakikatnya kerana menyambung perjuangan para anbiya dan sudah tentu ianya lebih berat daripada dihadapi oleh pihak lain.

Beliau mengajak untuk merenungi betapa usaha penyatuan dan perdamaian yang digerakkan PAS sudahpun berjaya sebagaimana hasilnya terlihat dalam pencapaian memenangi beberapa pilihan raya kecil.

Namun katanya, apabila ia semakin meluas termasuk hingga ke Sabah dan Sarawak, maka bermulalah bisikan-bisikan dan tindakan di mana menjadi cabaran untuk menggagalkannya.

Pun begitu serunya, PAS perlu terus merealisasikan gagasan tersebut dan menempuh cabaran berkenaan dengan yakin serta berpegang kepada perintah untuk berlaku adil dalam menanganinya. – HARAKAHDAILY 6/11/2021

- Advertisement -
- Advertisement -