Dewan Muslimat susun jawatankuasa harian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Muslimat PAS Pusat yang pertama telah dapat dilaksanakan semalam dan telah berjaya menyusun jawatankuasa harian.

Ketuanya, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, beberapa lantikan ahli jawatankuasa telah dibuat bagi mengisi jawatan setiausaha, penolong setiausaha 1 dan 2, manakala jawatan-jawatan lain telah diisi oleh ahli jawatankuasa yang menang di dalam pemilihan muktamar dewan itu yang berlangsung pada 30 dan 31 Oktober lalu.

- Advertisement -

Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2021/2023 terdiri daripada ketuanya Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Dr Rosni Adam (timbalan ketua), Ustazah Salamiah Mohd Nor (naib ketua) dan Dr. Nurul Hani Ali (setiausaha – lantikan), Cik Mardhiah Hayati Zolkeplai (penolong setiausaha 1 – lantikan) dan Cik Huda Nordin (penolong setiausaha 2 – lantikan).

Dr. Che Faridah Ismail dilantik sebagai bendahari, Dr. Najihatussalehah Ahmad (ketua penerangan), Noraini Hussin (pengarah pilihan raya) dan Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan (pengarah strategik dan pengurusan risiko).

“Semoga diberikan hidayah dan bimbingan daripada Allah SWT untuk memimpin Dewan Muslimat PAS Malaysia ke arah kesejahteraan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Siiru ‘ala barakatillah,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini. – HARAKAHDAILY 3/11/2021

- Advertisement -