
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) pada Isnin bersetuju melantik Ahli Jawatankuasa Harian DPPM sesi 2021-2023.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari, berkata pelantikan itu dibuat berdasarkan Fasal 56 (3) Perlembagaan PAS (Pindaan 2020).
Katanya, mesyuarat telah bersetuju dengan ketetapan pelantikan seperti berikut:
Setiausaha:
Muhammad Hanif Jamaluddin (dilantik)
Penolong Setiausaha 1:
Muhd Khidhir Izaidin
Penolong Setiausaha 2:
Iman Ashraf Asmuni (dilantik)
Bendahari:
Mohd Aizat Zakaria (dilantik)
Ketua Penerangan:
Khairul Nadzir Helmi Azhar
Pengarah Pilihan Raya:
Mohd Hafez Sabri
Sementara itu, kata Ahmad Fadhli, untuk pelantikan lain, mesyuarat memutuskan pelantikan itu akan disempurnakan dalam masa yang terdekat. – HARAKAHDAILY 2/11/2021











