
Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF
PADANG BESAR: Yang Dipertua PAS (YDP) Padang Besar yang baharu, Saad Seman berazam meneruskan legasi YDP sebelum ini, Abd Karim Mat Rejab bagi memantapkan gerak kerja bermula peringkat cawangan.
Beliau berkata, gandingan orang lama dan orang baru dalam jawatan kuasa sesi kali ini akan dimanfaat secara optimum demi kebaikan jemaah.
“Amilin PAS bukan sahaja perlu amanah dalam melunaskan tanggungjawab yang diberikan malah perlu bijak memposisikan diri sendiri,” katanya di sini.
Pada mesyuarat agung tahunan yang berlangsung di Kompleks Tarbiyah Bukit Kerang (KOMTAR) pada Ahad lepas beliau mengatasi seorang lagi calon iaitu Kamis Yob bagi jawatan YDP.
Manakala Ustaz Muhammad Azmir Azizan kekal sebagai Timbalan YDP kawasan, manakala Ezzudin Hassan pula Naib YDP. Seramai 90 perwakilan hadir pada mesyuarat tersebut.
Saad, 62 berasal dari Kampung Chelong, Chuping sebelum ini pernah menyandang jawatan Setiausaha PAS Cawangan Kampung Chelong serta Pengerusi Dun Chuping. – HARAKAHDAILY 20/10/2021











