PAS Pokok Sena rakam takziah pemergian Khairul Anwar

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

POKOK SENA:
PAS Kawasan Pokok Sena merakamkan ucapan takziah atas pemergian bekas Komandan Jabatan Amal Malaysia (JAM) kawasan, Khairul Anwar Abdullah.

Yang Dipertuanya, Wan Romani Wan Salim berkata, Allahyarham merupakan ahli JAM yang sentiasa memberi komitmen pada setiap program yang dianjurkan PAS kawasan mahupun negeri.

- Advertisement -

“Pemergiaannya merupakan satu kehilangan besar khususnya kepada PAS Kawasan Pokok Sena kerana beliau merupakan petugas yang sangat komitmen dengan tugasannya,” ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Khairul, 45, menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Sungai Mati, Pokok Sena akibat sesak nafas.

Menurut Wan Romani, ketika hayatnya Allahyarham tidak pernah berkira masa untuk bertugas di program-program parti.

“Beliau seorang yang sangat ramah dan amat baik hubungannya dengan masyarakat. Sepanjang penglibatannya bersama parti beliau tidak pernah merungut dan sanggup menginfakkan tenaga tanpa mengira hujan dan panas,” kata Exco kerajaan negeri itu lagi.

Khairul juga sebelum ini pernah berkhidmat sebagai petugas di Pejabat PAS kawasan.

Beliau meninggalkan seorang balu dan seorang anak. – HARAKAHDAILY 3/10/2021

- Advertisement -