PN Lenggong mantap gerak kerja bersama

- Advertisement -

LENGGONG: Hubungan parti Perikatan Nasional (PN) di sini dimantap lagi melalui gerak kerja bersama terutamanya mengagihkan bakul makanan kepada penduduk yang terjejas berikutan penularan wabak Covid-19.

Semalam anggota Exco Kerajaan Negeri Razman Zakaria menyampaikan 100 bakul prihatin kepada Pengerusi Gerakan Bahagian Lenggong Dato’ Loke Ah Hong untuk diedarkan kepada masyarakat Tionghwa di kawasan berkenaan.

Manakala di Chepor kehadiran Razman ketika menunaikan solat jenazah seorang penduduk di Masjid Kampung Luat turut serta Ketua Bersatu Lenggong, Khairul Azuan Mohd Nor.

- Advertisement -

Gandingan PAS, Bersatu dan Gerakan pada program tersebut memperlihatkan PN masih lagi utuh, biarpun Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi menerajui pentadbiran negara.

Hadir sama pada program berkenaan Naib Yang Dipertua PAS Lenggong, Mohd Jamil Yahya, Ketua Pemuda PAS Lenggong Muhammad Rifa’at Razman dan Komandan Jabatan Amal Malaysia kawasan, Abd Razak Jaafar.

Di Markas PAS Lenggong di Lubuk Kawah pula, Razman menyampaikan bantuan keperluan dapur kepada Mohd Jamil selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS kawasan itu untuk diagih kepada penduduk di beberapa kampung.

Ketua Penerangan Lenggong, Mohmad Saidi Sabri berkata Razman sebagai Yang Dipertua PAS Lenggong sentiasa mengambil peluang beberapa hari dalam sebulan turun padang menemui penduduk di kawasan berkenaan.

Katanya, kepulangan wakil rakyat terbabit semalam disertakan dengan pengagihan 400 Bakul Prihatin kepada penduduk yang memerlukan.

Katanya, Bakul Prihatin itu diagih kepada penduduk di seberang Sungai Perak, iaitu Chepor, Beng dan Kampung Luat.

Mohmad Saidi juga berkata, Razman juga meraikan beberapa sahabat dari Kelantan di Maahad Tahfiz al-Quran lid-Dakwah wal-Imamah (MTQDI) di Kampung Luat. – HARAKAHDAILY 12/9/2021

- Advertisement -