
KUALA LUMPUR: Seramai 16,299,881 individu atau 69.6 peratus populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan seramai 20,814,413 individu atau 88.9 peratus telah menerima dos pertama setakat semalam.
- Advertisement -
Ini menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lalu kini sebanyak 37,071,789 dos.
Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 326,476 dos diberikan semalam dengan 134,307 menerima dos pertama sementara 192,169 merupakan penerima dos kedua. – HARAKAHDAILY 8/9/2021











