
KUALA LUMPUR: Seramai 15,926,601 individu atau 68 peratus populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan seramai 20,543,016 individu atau 87.8 peratus telah menerima dos pertama setakat semalam.
- Advertisement -
Ini menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lalu kini sebanyak 36,469,617 dos.
Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 289,958 dos diberikan semalam dengan 136,177 menerima dos pertama sementara 153,841 merupakan penerima dos kedua. – HARAKAHDAILY 6/9/2021











