Wei Lun, Muhammad Ziyad diberi sambutan wira

Foto daripada Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat perak boccia Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Chew Wei Lun dan jaguh lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli diberi sambutan wira sebaik tiba di ibu negara, petang semalam.

Perkara itu dinyatakan Majlis Sukan Negara (MSN) Malaysia dalam hantaran di laman Facebooknya malam tadi.

- Advertisement -

Menurut MSN, turut pulang bersama mereka ialah atlet olahraga wanita, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin dan perenang lelaki, Nur Syaiful Zulkafli selain empat jurulatih iaitu Mohd Faizol Harun, Aiman Hafizi Abu Bakar, Raja Zahrule Azhar Raja Khairul Anwar dan Li Xinxin.

Mereka yang tiba dari Tokyo selepas menamatkan saingan di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 disambut Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu bersama Timbalan Menteri, Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, kata MSN.

Katanya, ketibaan mereka turut disambut oleh mantan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican dan Syed Saddiq Abdul Rahman.

Mereka akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di sebuah hotel mengikut prosuder yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). – HARAKAHDAILY 4/9/2021

- Advertisement -