
KUALA LUMPUR: Sebanyak 65.6 peratus atau 15,429,300 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan seramai 20,115,233 individu atau 85.9 peratus telah menerima dos pertama setakat semalam.
- Advertisement -
Ini menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lalu kini sebanyak 35,519,754 dos.
Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 369,280 dos diberikan semalam dengan 181,635 menerima dos pertama sementara 187,645 merupakan penerima dos kedua. – HARAKAHDAILY 3/9/2021











