Covid-19: Kes sembuh atasi kes positif hari ini

Foto hiasan.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kes sembuh pesakit Covid-19 hari ini sebanyak 20,845 berbanding kes baharu positif sebanyak 20,579.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Facebook memaklumkan jumlah kes sembuh keseluruhan adalah 1,422,005.

Kes kematian yang dilaporkan hari ini sebanyak 285 menjadikan jumlah kes kematian sebanyak 16,087.

- Advertisement -

KKM juga memaklumkan kes dirawat di ICU sebanyak 1,009 sementara yang memerlukan bantuan alat pernafasan adalah 477.

Sementara itu, 20,579 kes baharu Covid-19 hari ini berlaku penurunan berbanding 22,597 semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,706,089.

Menerusi laman Facebooknya, beliau menyatakan Selangor mencatatkan 4,591 kes diikuti Sabah (2,578), Sarawak (2,522), Johor (1,852), Kedah (1,755) dan Pulau Pinang (1,378).

Katanya, lain-lain negeri pula ialah 1,316 kes direkodkan di Kelantan, Perak (1,208), Pahang (839), Terengganu (789), Kuala Lumpur (680), Melaka (636), Negeri Sembilan (329), Perlis (56), Putrajaya (48) dan Labuan (2). – HARAKAHDAILY 29/8/2021

- Advertisement -