
TOKYO: Atlet renang paralimpik negara, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli mara ke pusingan akhir acara final 100 meter (m) gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, hari ini.
Anak kelahiran Sarawak yang berusia 26 tahun itu berjaya menempah slot ke pusingan akhir selepas meraih tempat ke-7 keseluruhan, membawa harapan negara bagi merebut pingat.
Saingan peringkat akhir dijangka berlangsung pada jam 5 petang ini (4 petang waktu Malaysia).
Kejayaan ke final bagi acara tersebut serba sedikit dapat mengubat kekecewaan Nur Syaiful setelah gagal melepasi saringan dalam acara renang S5 gaya bebas 200 meter (m) lelaki sebelum ini.
Mengungguli saingan saringan keseluruhan ialah atlet China, Weiyi Yuan yang mencatat 1:12.66s manakala Daniel de Faria Dias (Brazil) mencatat masa kedua terbaik, 1:13.02s.











