Cadang libatkan Jabatan Amal tangani isu juvana

- Advertisement -

BARU-baru ini, saya terbaca hantaran Facebook seorang Profesor daripada IPTA yang mencadangkan remaja bermasalah yang terlibat dengan isu Juvana boleh diserahkan kepada ‘tentera merah’ iaitu Jabatan Amal Malaysia untuk diserapkan dalam jamaah dan menjalani proses tarbiah membentuk jati diri Muslim yang sebenar dalam diri mereka.

Beliau percaya bahawa sentuhan amal dan rohani yang ada di dalam Jabatan Amal Malaysia, dapat membantu remaja-remaja ini untuk kembali menyumbangkan tenaga yang bermanfaat kepada bangsa, agama dan tanah air atau setidaknya kepada diri mereka sendiri dan keluarga tersayang.

- Advertisement -

Saya mengucapkan terima kasih kepada Professor Dr. Irwan di atas cadangan tersebut yang merupakan pengiktirafan kepada kami. Insya-Allah Jabatan Amal Malaysia bersedia untuk terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha-usaha pengukuhan sahsiah anak muda yang dicadangkan seperti di atas.

Dalam Jabatan Amal Malaysia (JAM), semua anggota adalah sama dan kami tidak pernah membezakan anggota berdasarkan pangkat, gelaran atau latar belakang pendidikan. Apabila sudah menyarung baju seragam merah, kami adalah anggota yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi serta berkerja untuk ummah dengan disiplin yang sangat ketat.

Daripada awal penyertaan, kami dilatih dengan roh Islam dan kekuatan JAM adalah iman yang kukuh, hati yang ikhlas, semangat kepemudaan yang tinggi serta azam yang kuat untuk mengotakan ikrar taat setia kepada perjuangan Islam.

Allah matlamat kami,
Rasul contoh teladan kami,
Al-Quran panduan hidup kami,
Khidmat Ummah jalan hidup kami,
Mati syahid di jalan Allah adalah impian kami.

“Beramal Kerana Allah
“Tentera Merah”

YB SENATOR IR TS KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda 
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 25/8/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/678811362163260/posts/4629682077076149/

- Advertisement -