Vaksin: 6 juta dos lagi diterima Sept ini

- Advertisement -

Oleh NOR HAZWANI NOH

KUALA LUMPUR:
Pembelian tambahan sejumlah 6 juta dos vaksin akan diterima menjelang awal September ini.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia sebagai satu berita baik kepada semua bersempena Bulan Kemerdekaan ini.

- Advertisement -

“Kita optimis melalui kejayaan program vaksinasi ini kelak, ramai yang boleh kembali menziarahi ibu bapa di kampung halaman, meraikan perayaan dan melancong dalam negara.

“Anak muda boleh beriadah, pulang semula ke institusi pengajian tinggi, dan yang paling utama ialah anak-anak kita boleh kembali ke sekolah.

“Gambaran ini bukanlah satu angan-angan kosong kerana negara kita pernah berjaya menurunkan statistik pesakit Covid-19,” katanya ketika menyampaikan ucapan sulung sebagai Perdana Menteri hari ini..

Tambah beliau, mengambil kira fakta terkini pada Jumaat lepas membuktikan keberkesanan strategi lalu apabila statistik kes harian Wilayah Persekutuan Labuan yang sudah mencapai 90 peratus imuniti kelompok dewasa, telah menurun secara konsisten kepada satu digit selama tujuh hari berturut-turut.

“Ini bukanlah bermakna kita akan bebas sepenuhnya daripada ancaman Covid-19.
Tetapi apabila kita mencapai imuniti kelompok, virus ini tidak lagi menjadi ancaman sepertimana yang ditakuti sekarang,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/8/2021

- Advertisement -