Khidmat Selangor sumbang 10 ‘cylinder trolley’ untuk Hospital ATM

- Advertisement -

Oleh UMAR AL-HAYAWI

KUALA LUMPUR:
Khidmat Malaysia Negeri Selangor telah menyerahkan sumbangan 10 unit medical cylinder portable trolley kepada Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini, semalam.

Sumbangan bersama oleh Yayasan Amal Negeri Selangor, Kota Raja Care dan Pertubuhan Belia Prihatin yang bernaung di bawah Khidmat Malaysia Negeri Selangor itu telah diterima oleh wakil hospital, Kapten Dr Amir Ikhwan.

- Advertisement -

Dr Amir dalam majlis ringkas itu memaklumkan bahawa memang terdapat penurunan mendadak dalam jumlah pesakit Covid-19 akhir-akhir ini.

“Jumlah pesakit ada penurunan mendadak, di mana kini hanya 70 pesakit tahap tiga, empat dan lima yang masih dirawat di sini.

“Ini berbanding sebelum ini 170 pesakit dengan bilangan tertinggi yang pernah diterima di hospital ini,” ujar beliau.

Sementara itu Pengurus Operasi Khidmat Malaysia Selangor, Shehdi Hazrik Shamsudin pula berkata, kesan tindakan pantas kerajaan kini dilihat telah membuahkan hasil.

“Program (PICK) di Lembah Klang yang dilaksanakan hasil ikhtiar kerajaan, kini semakin menunjukan kesan yang baik buat negara dalam berhadapan krisis wabak Covid-19 ini.

“Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menjadi nadi utama segala sumbangan ini dapat dilaksanakan dan sekalung ucapan tahniah buat para frontliners negara dan seluruh rakyat Malaysia. Semoga Allah SWT merahmati usaha kita semua,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 22/8/2021

- Advertisement -