54.3 peratus populasi dewasa lengkap dua dos vaksin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Negara ini berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran ditetapkan bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) apabila 54.3 peratus atau 12,718,701 populasi dewasa negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 sehingga semalam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sebanyak 77.4 peratus atau 18,121,392 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin Covid-19 menerusi PICK setakat semalam sebanyak 30,840,093 dos.

- Advertisement -

Menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya hari ini, JKJAV memaklumkan 55.5 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan mendapat dos pertama manakala 38.9 peratus melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Pemberian vaksinasi harian semalam sebanyak 469,690 dos dengan 159,792 adalah dos pertama manakala 309,898 dos kedua. – HARAKAHDAILY 22/8/2021

- Advertisement -